Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th PicLilypie 6th to 18th Ticker

Saturday 29 December 2012

YEAR END 2012 PART 2 : MY OTHER RUNNING EVENT 2012

Sebelum aku beralih kepada dua acara extreme bagi ku tahun 2012 ani, apakata aku huraikan dulu acara yang lebih ringan atau less extreme yang ku ikuti sepanjang tahun 2012.

MARINA 21K : PUNGGOL

Walaupun hasrat ku tahun 2012 ani inda kan ikut apa-apa jua acara larian jarak 21k atau Half Marathon  tapi disebabkan dalam acara larian Marina 21K Punggol menawarkan race pack yang berbeza iaitu Camel Bag bagi semua yang ikut serta jadinya aku pun mendaftar bagi acara ani semata-mata untuk mendapatkan camel bag... hahahahahaha... walaupun tahun lepas aku sudah pernah ikut serta anjuran ani (tahun 2011 acara ani adalah larian half marathon ku yang pertama dan yang pertama di luar negeri)


iatah beg nya ni yang membuat ku ikut serta Marina 21K


21k Finisher Medal

Dalam acara ani aku berjaya memecahkan rekod peribadi ku yang mana rekod baru ku ialah 1:40:58. dan menduduki tempat yang ke 27.


Bersama pelari dari kenya iaitu juara dalam larian Marina 21K Punggol


JAKARTA MARATHON 2012

Larian Jakarta Marathon 2012 adalah larian half marathon 21k. Dalam acara ani aku mencatatkan masa 1:49:15 iaitu kira-kira 9 minit lebih perlahan dari rekod peribadiku dan menduduki tempat yang ke 25. Sayangnya acara ani inda menyediakan Finisher Medal.


Macam biasalah mula-mula mesti di dapan, bukan apa.. supaya kana gambar... hahahahah..


LARIAN BANDAR 2012

Dengan mencatatkan masa 2:00:42 dan menduduki tempat yang ke 37, acara ani diadakan bagi memperingati ulang tahun yang ke 42 sempena penukaran nama Bandar Brunei ke Bandar Seri Begawan. Dalam acara ani fitness ku inda 100% fit disebabkan baru saja seminggu selapas mengikuti larian Allianz Penang Bridge International Marathon dan lutut ku masih lagi alum pulih.


ani ampir sudah kan di garis penamat.... 


Larian Bandar Finisher Medal


OZONE RUN 2012

Ozone Run anjuran JASTRE - Jabatan Alam Sekitar Taman dan Rekreasi adalah acara larian sejauh 12km bermula dan berakhir di kawasan bangunan Kementerian Pembangunan. Dengan mencatatkan masa 54:43.12 sekaligus mencatatkan rekod peribadi ku yang baru dan menduduki tempat yang ke 29 dalam acara ani.


Ozone Run Certificate / Finisher Medal / Bib / race position


No comments: