Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th PicLilypie 6th to 18th Ticker

Sunday 11 December 2011

Gerhana Bulan Penuh

Di malam belakunya gerhana bulan penuh yang dapat di lihat di seluruh Brunei dan juga munkin seluruh pelusuk bumi. Dalam keadaan cuaca yang mengizin kan, aku pun menanti tibanya kejadi yang sememangnya jarang2 berlaku. Dengan berbekalkan kamera DSLR ku.. aku mula menanti kejadian Gerhana ani dengan sabar.. dan berjaya menangkap beberapa gambar...






Saturday 10 December 2011

25K - Larian Peribadi Ku

Nda ku sangka aku mampu buat lusiran sejauh 25K walaupun baru berberapa hari selepas lusiran Standard Chartered Marathon Singapore 2011. Sebanar lusiran 25K ani nda di planning yang mana pada mulanya saya membuat lusiran cuma untuk memanaskan badan dan jarak yang di tetapkan hanyalah antara 10 ke 11k tapi dalam masa belusir atu aku pun membuat keputusan untuk cuba belusir sejauh yang mampu.. owh aku belusir pada malam jummat kira2 bermula jam 8.00 mlm. Masa saya adalah 2:28:06 bagi 25K.. lusiran saya bermula dari rumah menuju ke Pekan Tutong dan balik semula ke rumah...

laluan yang aku lalui.... 25K..

sepanjang lusiran ku ani, aku nda membwa sebarang minuman dan belusir tanpa beranti... kira tahan jua udah aju a2.. tapi untuk lusiran jarak jauh nanti aku mau bawa minuman dan mencuba membuat lusiran 42K iaitu FULL Marathon.. insya Allah..

Thursday 8 December 2011

Standard Chartered Marathon Singapore 2011

Standard Chartered Marathon Singapore 2011 ada larian half marathon yang berupa competitive terakhir saya bagi tahun 2011. Ianya telah berlangsung pada 4hb December 2011.  Walaupun dua minggu lepas saya baru sahaja selesai menyertai larian di Pulau Pinang tapi saya mempunyai rehat dah latihan terakhir yang cukup.

Singapore adalah distinasi yang bukan asing lagi bagi saya kerana saya sering membuat pelayaran ke Singapore setiap tahun. Dan saya jua pernah menyertai larian Half Marathon di Singapore sebelum ani iaitu Marina 21K dan Singapore Half Marathon.

Standard Chartered Marathon Singapore 2011 Goody Bag...


Garis permulaan menuju Pulau Sentosa... alum ramai lagi... biasalah awal lakat...

Bergambar di garisan bermula.... Berlatar belakang gerbang menujun ke Taman Peranginan Pualau Sentosa.

Larian Half Marathon bermula di atas Jambatan menuju ke Pulau Sentosa. Saya tiba di sini kira2 3 jam lebih awal bagi memerhatikan keaadaan di garis permulaan dan juga supaya saya dapat berada di hadapan garis permulaan larian. 

Larian Half Marathon bermula jam 6.30pagi dan tepat masanya timbakan bermula bagi acara ini. Sebelum bermulanya larian ini saya ada mendengar cerita2 dari beberapa pelarian yang mana route yang akan di lalui semua pelari half marathon adalah berbukit.. Up-Hill.. Down-Hill.. Latihan saya sebelum ani lebih tertumpu pada route yang agak Flat.. Tapi saya tetap dengan target saya untuk memecahkan record peribadi saya dalam acara Half Marathon iaitu sekurang2nya 1:50:00.

Sebaik saja bermulanya larian semua pelari berlari menuju ke Pulau Sentosa.. di sini bermula lah route yang memberi cabaran buat mereka yang tidak biasa dengan keadaan jalan up-hill dan down-hill seperti saya. Sepanjang larian di sentosa, kami berlari memasuki kawasan tamannya... Saya merasa kagum meliat keindahan taman tersebut dan meliat perubahan yang ketara.

Yang paling mencabar bagi saya adalah apabila tiba di sebuah jambatan yang agak panjang kira2 lebih 1.5km dan juga elevation yang agak tinggi..menaiki jambatan ani lah membuat saya berlari aga perlahan seolah2 berjalan...

Memandangkan keadaan route bagi marathon kali ini bukannya kawasan rata so target ku untuk memecahkan record peribadi bagi half marathon tidak tercapai.. Saya merecordkan masa 2:02:02

 
Hahahaha.... aku belusir lagi laju dari Batman...


Menuju ke garis penamat... tapi alum nampak lagi garis penamatnya..


kan ampir udah ni....

 "emm.. tuuu nah garis penamatnya.. "


"YES!!! garis penamat!!!


Beberapa langkah saja lagi...


Sikit lagi....


Akhirnya!!! Sampai...


"emm.. nda pacah rekod peribadi ku eh... nda apa lah...."


Edisi special....


Edisi Special jua...

 
Standard Chartered Marathon Singapore 2011 Finisher Medal


Pre result... 

 

Pre result..


Pre result...


lokasi ku .....


Lagi lokasi ku....


Dan lagi lokasi ku...


Keputusan terakhir... 

Kedudukan terakhir adalah seperti di bawah:

Nbr 508 dari 13,862 keseluruhan pelari yang berjaya tamat mengikut masa yang ditetapkan
Nbr 425 dari 9,097 bagi pelari Lelaki yang berjaya tamat mengikut masa yang ditetapkan
Nbr 425 dari 9,019 bagi pelari Terbuka Lelaki yang berjaya tamat mengikut masa yang ditetapkan.


Sijil....

 Walaupun nda belurih rekod baru untuk half marathon , tapi dalam masa yang sama saya berjaya memecahkan rekod peribadi bagi jarak di bawah ini:

Jarak                       Rekod Lama                     Rekod Baru
1K                                4:17                                 4:06
1M                               7:15                                 6:56
5K                             24:04                                23:18
10K                           49:21                                49:01


Keseluruhannya bagi saya apa jua keputusan yang saya perolehi masa Standard Chartered Marathon Singapore 2011, ianya adalah satu pengalaman yang sememangnya berharga bagi saya

Dengan berakhirnya larian half marathon saya bagi tahun 2011, saya akan tetap menuruskan latihan saya seperti biasa bagi persiapan larian tahun depan 2012 yang mana saya bercita2 ingin turut serta dalam larian FULL MARATHON.