Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th PicLilypie 6th to 18th Ticker

Sunday 8 April 2012

Standard Chartered Brunei Half Marathon 2012

Tadi pagi berlangsungnya acara Standard Chartered Brunei Half Marathon 2012. Ada beberapa katagori dipertandingkan iaitu 21K Terbuka, 21K Brunei, 10K Terbuka, 5K Terbuka dan 2.5K Terbuka. Aku ikut dalam acara 21K Terbuka. Ani adalah Larian 21K competitive pertama bagi tahun 2012 dan yang pertama bagi dalam negeri bagi ku. Sasaran ku adalah untuk memecahkan rekod peribadi ku iaitu 1:50:49

Tadi pagi nda ku menyangka yang aku mampu memecahkan rekod peribadiku bagi 21K, dan bukan itu saja aku juga berjaya memecahkan rekod peribadi ku bagi jarak 1K, 5K dan 10K:

Rekod baru ku adalah seperti di bawah ini (Masa catatan adalah hasil dari Nike + GPS App)

1K - 3:57
5K - 22:51
10K - 48:17
21K - 1:47:57

Yang kan di tunggu adalah masa official dari pehak penganjur... Kita tunggu dan liat dalam 48jam yang akan datang... WOOHOOO!!!! 


Standard Chartered Brunei Half Marathon 2012 - 21K Route


Standard Chartered Brunei Half Marathon 2012 Finisher Medal


Hehehehe..... Me with my Standard Chartered Brunei Half Marathon 2012 Finisher Medal

Ani Official result .... WoHooo!!! aku ranking 36 out of 129!!! 



Sijil Standard Chartered Brunei Half Marathon 2012