Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th PicLilypie 6th to 18th Ticker

Sunday, 30 December 2012

My Greatest Endurance Run 2012 Part 1: Beaufort 60km Endurance Run 2012

Okey... blog yang lapas cerita pasal larian ku dari yang ampir 12km sampai ke Full Marathon 42.195km. Kali ani aku kan bercerita sedikit pasal my greatest endurance run yang ku ikut bagi tahun 2012 ani. Ani Part 1. 

Beaufort 60km Endurance Run 2012

Macamana buleh ku register larian jarak jauh ani??  Lapas ku ikut beberapa acara Full Marathon aku pun berhasrat untuk mengikuti acara larian jarak jauh yang lebih jauh dari full marathon 42.195km. Acara ani bukanlah larian jarak jauh atau lebih dikenali dengan Ultra-Marathon yang pertama yang ku ikuti ani adalah yang kedua bagi ku yang pertama Ultra-Marathon ku ikuti adalah The North Face 100 Singapore (akan ku ceritakan di blog penutup tahun 2012). Aku register acara ani sebelum aku mendapat kecedraan lututku selapas TNF100 atu. Sebalum atu memanglah berkobar-kobar semangat ku kan ikut acara ani. Tapi selapas TNF100, APBIM & SCMS dan kecedraan pada lutuku aku jadi was-was sama ada kan ku taruskan atau inda Beaufort 60km ani. Tapi beberapa hari sebelum acara ani berlangsung aku bertekat kan ikut serta saja acara ani. Target asal sampai saja nda payah kan memikirkan personal best atau apa-apa saja. Yang penting sampai. Acara ani ku angap sebagai larian eXtreme pasalnya larian bermula jam 7.15am dan keadaan cuaca yang agak panas terik. Sepanjang larian keadaan lagit membiru saja... PANAS!!!! Larian bermula dari Beaufort dan menuju ke Kuala Penyu dalam jarak 60km. 



Ani tah peserta-peserta yang ikut serta dalam acara larian Beaufort 60km Endurance Run 2012. Kebanyakkan peserta adalah dari negeri Sabah. Peserta Brunei yang ikut serta seramai 3 orang termasuk aku... eXtreme Runners... PANAS!!!


Ani masih ku mampu belusir... biasa the first 30km masih ku dapat belusir.


Nah kana putung tah ku jua... bini-bini pun dapat kalahkan aku ah...


Masih ku mampu angkat tangan arah jurugambar... walaupun dalam keaadan cuaca yang agak PANAS!!


Baru melimpasi sempadan Daerah Beaufort menuju Kuala Penyu... ani kira-kira 20-23km udah ku lalui


Selamat Datang ke Kuala Penyu... Ani jarak jauh yang sudah ku harungi kira-kira 27km. 


Jambatan lagi... udah pun APBIM 2012 naik jambatan.. nda pandai lari dari jambatan bah acara yang ku ikuti ani. hahahahahah... Aku cuma mampu berjalan saja bermula jarak 25km hinggalah ke garis penamat. Lututku mula sakit lagi...


Nah walaupun PANAS!!! sampat jua begambar atas jambatan....


Setelah sampai digaris penamat...... Masa ku dalam acara ani 8Jam 50Min dan menduduki tempat yang ke 16 dari 39 orang peserta.


Finisher Medal dan Baju Ultra-Running!!

Beaufort 60km Endurance Run 2012 adalah acara larian terakhir ku bagi tahun 2012. 







Saturday, 29 December 2012

YEAR END 2012 PART 2 : MY OTHER RUNNING EVENT 2012

Sebelum aku beralih kepada dua acara extreme bagi ku tahun 2012 ani, apakata aku huraikan dulu acara yang lebih ringan atau less extreme yang ku ikuti sepanjang tahun 2012.

MARINA 21K : PUNGGOL

Walaupun hasrat ku tahun 2012 ani inda kan ikut apa-apa jua acara larian jarak 21k atau Half Marathon  tapi disebabkan dalam acara larian Marina 21K Punggol menawarkan race pack yang berbeza iaitu Camel Bag bagi semua yang ikut serta jadinya aku pun mendaftar bagi acara ani semata-mata untuk mendapatkan camel bag... hahahahahaha... walaupun tahun lepas aku sudah pernah ikut serta anjuran ani (tahun 2011 acara ani adalah larian half marathon ku yang pertama dan yang pertama di luar negeri)


iatah beg nya ni yang membuat ku ikut serta Marina 21K


21k Finisher Medal

Dalam acara ani aku berjaya memecahkan rekod peribadi ku yang mana rekod baru ku ialah 1:40:58. dan menduduki tempat yang ke 27.


Bersama pelari dari kenya iaitu juara dalam larian Marina 21K Punggol


JAKARTA MARATHON 2012

Larian Jakarta Marathon 2012 adalah larian half marathon 21k. Dalam acara ani aku mencatatkan masa 1:49:15 iaitu kira-kira 9 minit lebih perlahan dari rekod peribadiku dan menduduki tempat yang ke 25. Sayangnya acara ani inda menyediakan Finisher Medal.


Macam biasalah mula-mula mesti di dapan, bukan apa.. supaya kana gambar... hahahahah..


LARIAN BANDAR 2012

Dengan mencatatkan masa 2:00:42 dan menduduki tempat yang ke 37, acara ani diadakan bagi memperingati ulang tahun yang ke 42 sempena penukaran nama Bandar Brunei ke Bandar Seri Begawan. Dalam acara ani fitness ku inda 100% fit disebabkan baru saja seminggu selapas mengikuti larian Allianz Penang Bridge International Marathon dan lutut ku masih lagi alum pulih.


ani ampir sudah kan di garis penamat.... 


Larian Bandar Finisher Medal


OZONE RUN 2012

Ozone Run anjuran JASTRE - Jabatan Alam Sekitar Taman dan Rekreasi adalah acara larian sejauh 12km bermula dan berakhir di kawasan bangunan Kementerian Pembangunan. Dengan mencatatkan masa 54:43.12 sekaligus mencatatkan rekod peribadi ku yang baru dan menduduki tempat yang ke 29 dalam acara ani.


Ozone Run Certificate / Finisher Medal / Bib / race position


Tuesday, 25 December 2012

Year End 2012 Part 1: My Full Marathon 2012 Event

Wow!! atu batah  udah nda ku update blog ku ani... luan sibuk bah aku atu dangan acara larian ku...  Tinggal beberapa hari saja lagi kan masuk tahun baru 2013.. Ok.. Ok.. Aku cuba recall semua apa yang patut ku buat arah blog ku ani... emm.. emm... yang ku terpikir acara larian yang ku ikut serta saja... bah aku mulakan bahagian pertama... Acara Full Marathon 2012

Bii Maybank Bali Marathon 2012

Bii Maybank Bali Marathon 2012 adalah Full Marathon yang pertama ku ikut serta... Dengan berbekalkan pengalaman menyertai larian half marathon dan acara 10km tahun lepas, aku pun berniat untuk mencuba menyertai acara full marathon. 


4:05:05 adalah masa ku bagi acara full marathon


Di garis penamat... 


My 1st Full Marathon Finisher Medal!!! &...


My 1st Full Marathon Finisher T-Shirt!!! Woohoo!!


Borneo International Marathon 2012

Borneo International Marathon 2012 merupakan acara full marathon ku yang kedua. Dengan mencatatkan masa 3:48:04 sekaligus memecahkan rekod peribadiku yang ku buat waktu Bii Maybank Bali Marathon. Ramai jua pelari-pelari dari Brunei yang ikut dalam acara ani termasuk lah salah seorang VVIP.


Biasalah lapas tamat larian mesti begambar...


BIM 2012 Finisher Medal & T-Shirt.


BIM 2012 e-Certificate



Sebahagian pelari-pelari dari Brunei yang ikut serta di acara BIM 2012.


Sundown Marathon 2012

Sundown Marathon 2012, acara Full Marathon ku yang ketiga. Acara ini diadakan pada malam hari kira-kira bermula jam 11.00 malam. 


Bersama my ex-school mate (Maktab Duli 94/95) di acara Sundown Marathon


Sundown Marathon Finisher T-shirt & Medal


Dengan mencatatkan masa 3:54:19 bagi ani iaitu kira-kira 6 minit lebih perlahan dari rekod yang ku buat sewaktu BIM 2012 bererti rekod ku yang ku buat sewaktu BIM 2012 masih kukuh... emmmm... BIM 2012 jadi personal best ku tah tu ah...


Sundown Marathon 2012 e-Certificate



Allianz Penang Bridge International Marathon 2012

APBIM 2012, merupakan acara full marathon ku yang ke empat... Berhasrat untuk memecahkan rekod peribadiku yang masih kukuh iaitu 3:48:04 tapi dengan keadaan fitness ku yang nda 100% pulih terutama lututku yang masih lagi sakit selepas menyertai acara The North Face 100 Singapore (akan saya ceritakan di blog yang seterusnya) jadinya niat atu berubah dari memecahkan rekod baru ke "asal sampai"saja... dalam acara ani aku mencatatkan masa yang terburuk bagi ku iaitu 06:06:51 dan sepanjang acara ani aku lebih banyak berjalan dari berlari... 


sewaktu mengambil APBIM 2012 Race Pack di Queensbay Mall, Penang.


APBIM 2012 Finisher T-shirt & Medal


close-up!!!


APBIM 2012 e-Certificate



Standard Chartered Marathon Singapore 2012

Standard Chartered Marathon Singapore 2012 adalah acara full marathon yang ke lima dan terakhir ku sertai bagi tahun 2012.  Dalam acara kali ani hasrat ku adalah untuk memperbaiki masa yang ku catatkan sewaktu APBIM 2012 kerana lutut ku masih lagi alum 100% pulih (mungkin nda lagi akan pulih 100% ). 

SCMS 2012 Finisher T-shirt & Medal




SCMS 2012 e-Certificate. 

Akhirnya berjaya jua ku mencatatkan rekod yang lebih baik dari yang ku catatkan sewaktu APBIM 2012 iaitu 05:31:53 , 35 minit lebih baik...