Singapore adalah distinasi yang bukan asing lagi bagi saya kerana saya sering membuat pelayaran ke Singapore setiap tahun. Dan saya jua pernah menyertai larian Half Marathon di Singapore sebelum ani iaitu Marina 21K dan Singapore Half Marathon.
Standard Chartered Marathon Singapore 2011 Goody Bag...
Garis permulaan menuju Pulau Sentosa... alum ramai lagi... biasalah awal lakat...
Bergambar di garisan bermula.... Berlatar belakang gerbang menujun ke Taman Peranginan Pualau Sentosa.
Larian Half Marathon bermula di atas Jambatan menuju ke Pulau Sentosa. Saya tiba di sini kira2 3 jam lebih awal bagi memerhatikan keaadaan di garis permulaan dan juga supaya saya dapat berada di hadapan garis permulaan larian.
Larian Half Marathon bermula jam 6.30pagi dan tepat masanya timbakan bermula bagi acara ini. Sebelum bermulanya larian ini saya ada mendengar cerita2 dari beberapa pelarian yang mana route yang akan di lalui semua pelari half marathon adalah berbukit.. Up-Hill.. Down-Hill.. Latihan saya sebelum ani lebih tertumpu pada route yang agak Flat.. Tapi saya tetap dengan target saya untuk memecahkan record peribadi saya dalam acara Half Marathon iaitu sekurang2nya 1:50:00.
Sebaik saja bermulanya larian semua pelari berlari menuju ke Pulau Sentosa.. di sini bermula lah route yang memberi cabaran buat mereka yang tidak biasa dengan keadaan jalan up-hill dan down-hill seperti saya. Sepanjang larian di sentosa, kami berlari memasuki kawasan tamannya... Saya merasa kagum meliat keindahan taman tersebut dan meliat perubahan yang ketara.
Yang paling mencabar bagi saya adalah apabila tiba di sebuah jambatan yang agak panjang kira2 lebih 1.5km dan juga elevation yang agak tinggi..menaiki jambatan ani lah membuat saya berlari aga perlahan seolah2 berjalan...
Memandangkan keadaan route bagi marathon kali ini bukannya kawasan rata so target ku untuk memecahkan record peribadi bagi half marathon tidak tercapai.. Saya merecordkan masa 2:02:02
Hahahaha.... aku belusir lagi laju dari Batman...
Menuju ke garis penamat... tapi alum nampak lagi garis penamatnya..
kan ampir udah ni....
"emm.. tuuu nah garis penamatnya.. "
"YES!!! garis penamat!!!
Beberapa langkah saja lagi...
Sikit lagi....
Akhirnya!!! Sampai...
"emm.. nda pacah rekod peribadi ku eh... nda apa lah...."
Edisi special....
Edisi Special jua...
Standard Chartered Marathon Singapore 2011 Finisher Medal
Pre result...
Pre result..
Pre result...
lokasi ku .....
Lagi lokasi ku....
Dan lagi lokasi ku...
Keputusan terakhir...
Kedudukan terakhir adalah seperti di bawah:
Nbr 508 dari 13,862 keseluruhan pelari yang berjaya tamat mengikut masa yang ditetapkan
Nbr 425 dari 9,097 bagi pelari Lelaki yang berjaya tamat mengikut masa yang ditetapkan
Nbr 425 dari 9,019 bagi pelari Terbuka Lelaki yang berjaya tamat mengikut masa yang ditetapkan.
Sijil....
Jarak Rekod Lama Rekod Baru
1K 4:17 4:06
1M 7:15 6:56
5K 24:04 23:18
10K 49:21 49:01
Keseluruhannya bagi saya apa jua keputusan yang saya perolehi masa Standard Chartered Marathon Singapore 2011, ianya adalah satu pengalaman yang sememangnya berharga bagi saya
Dengan berakhirnya larian half marathon saya bagi tahun 2011, saya akan tetap menuruskan latihan saya seperti biasa bagi persiapan larian tahun depan 2012 yang mana saya bercita2 ingin turut serta dalam larian FULL MARATHON.
No comments:
Post a Comment