Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th PicLilypie 6th to 18th Ticker

Saturday 26 November 2011

PENANG BRIDGE INTERNATIONAL MARATHON

Pada 20hb November 2011, saya menyertai larian "Penang Bridge International Marathon"bagi katagori larian half marathon (21K) terbuka lelaki. Ini adalah larian half marathon saya yang ketiga bagi tahun 2011 dan jua adalah yang ketiga semenjak saya active belusir. Berbekalkan pengalaman menyertai larian half marathon yang lepas (Marina 21K dan Singapore Half Marathon) serta latihan larian mingguan saya pun menyeratai acara ini.

Memandangkan acara Penang Bridge International Marathon ini bermula jam 3.00 pagi (bagi Half Marathon) persiapan saya sebelum belusir di Pulau Pinang, waktu latihan saya ubah dari sebelah petang ke sebelah malam. Kira2 2-3 minggu sebelum acara ini berlangsung saya membuat latihan larian saya di sebelah malam selepas solat Isyak. Sementara jarak latihan saya ada antar 10-12km setiap lusiran. Belusir di sebalah malam memanglah berbeza jika di bandingkan belusir di sebalah pagi atau patang.

Pada 18hb Nov 2011, saya memulakan pejalaan saya menuju ke Pulau Pinang dengan menaiki pesawat RBA BI 873 ke Kuala Lumpur kamudian mengikuti pesawat AirAsia ke Pulau Pinang. Ini adalah kali pertama saya mengikuti penerbangan cost rendah.

Tiba di Pulau Pinang airport saya terus menuju ke penginapan saya iaitu Tune Hotel di Georgetown. Penginapan ini adalah penginapan cost rendah tetapi kebersihannya adalah terjaga. Agak tekejut jua saya bila melihat bilik hotel ani yang agak bersih seperti menginap hotel yang berbintang2.

Hotel tampat ku menginap semasa di Pulau Pinang

Pada 19hb Nov 2011, saya menuju ke Queensbay Mall di mana saya mengambil "goody bag" bagi peserta larian Penang Bridge International Marathon.

 Queensbay

 Peserta bebaris mengambil goody bag masing2 mengikut katagori masing2

 Aku ikut bebaris di sini... Half Marathon

Goody yang ku dapat... 

Selapas ku dapat goody bag ku aku pun round2 kawasan Queensbay.. di sini ada Mall call Queensbay Mall. Di sini tah ku jua membali Jam Tangan jenama Titan iaitu penaja masa bagi acara Penang Bridge International Marathon.

Jam Titan yang ku bali.....

Sebelum ku balik ke hotel aku sampat jua mengambar Jambatan Pulau Pinang, jambatan yang akan saya dan pelusir2 lain lalui
Jambatan Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang.. Close up view..

Lapas saja ku dari Queensbay aku pun balik semula ke hotel dan dari hotel aku mula round2 lah kawasan ampir hotel
 Liat Map kawasan Georgetown... tapi sayang nda ku sampai round semua..

Jalan2 tejumpa tah ku di mana ramai orang mengorder Ice-Kacang sama cindul.. so aku pun ikut jua lah kan mencuba jua... Halal lagi tu... hehehee.. tu nah liat surat sah halal nya ah...

 
Penang Road Famous TeoChew Chendul + Ice Kacang


Mencuba Ice-Kacangnya.. nyaman jua lah.. walaupun di siring jalan.. 

 bekerumun orang kan mengorder cendul sama ice kacang nya...

Pada 20hb November 2011 tiba lah masanya untuk saya menyertai beribu2 pelusir bagi acara Penang Bridge International Marathon. Bagi saya yang menyertai Half Marathon, ianya bermula jam 3.00 pagi. Saya tiba lebih awal di Queesbay di mana bermulanya acara marathon tersebut di sebabkan beberapa jalan sudah pun di tutup lebih awal.

Larian Half Marathon bermula kira2 5 minit lebih awal dari yang di jadual kan.. kabak2 ku jua lah walaupun ani half marathon yang ketiga ku ikut...

Di garis permulaan.... Can you see me??

Di garis permulaan.... Can you see me??

Di garis permulaan.... Can you see me??

Di garis permulaan.... Can you see me??

Di garis permulaan.... Can you see me??

Di garis permulaan.... Can you see me??

Ok semua gambar "Di garis permulaan"ada dari facebook Penang Bridge International Marathon

Sebaik saja bermulanya timbak sayapun seperti biasa belusir mengikut pace yang ku selalu buat sepanjang latihan. Sayangnya Nike+GPS saya tidak berpungsi sebaik saja larian ani bermula bermakna saya tidak mengetahui sama ada masa larian saya cepat atau perlahan.. pada masa ini semangat saya menurun kerana inda dapat mengetahui masa larian saya... so apa yang ku buat?? belari seperti biasa saja dan ambil gambar time belari especially di atas jambatan Pulau Pinang.

Pemandangan di atas Jambatan Pulau Pinang...

Pemandangan di atas Jambatan Pulau Pinang

Tanpa adanya masa dari Nike+GPS saya cuba membuat masa angaran bagi acara kali ani... Angaran yang ku buat ialah 1:51:00 sewaktu tiba di garisan penamat. Sementara waktu resmi yang di catatkan oleh penganjur adalah 1:52:24.29 satu lagi record baru peribadi. Saya juga amat terkejut kedudukan saya dalam acara ini iaitu 120 dari 4509 peserta sesuatu yang di luar dugaan saya...

Larian kali ini saya tidak merasa letih seperti larian2 yang lepas.. walaupun jarak 21K ianya seperti tidak sejauh itu.. ini membuat saya ingin mencuba Full Marathon (42K) tahun depan insyallah.

Sebaik saja tiba di garis penamat setiap pelusir yang tiba dalam masa yang di tetapkan akan di berikan Finisher Medal.

Penang Bridge International Marathon Finisher Medal - Front View

Penang Bridge International Marathon Finisher Medal - Rear View

Bergambar selepas belusir half marathon bersama medal yang di perolehi.

Bergambar bersama antara pelari2 dari Brunei yang juga turut serta sambil memegang bendera Brunei.

Larian kali ani saya sempat mengambil gambar sebagai kenangan saya. Larian saya yang seterusnya ialah Standard Chartered Marathon Singapore 2011 yang akan di ada kan pada 4hb Dec 2011.

No comments: