Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th PicLilypie 6th to 18th Ticker

Saturday, 26 November 2011

Long Time No Update my Blog meh!!!

Wow!!!! last update 14th June 2011... atu batah nda beupdate blog ku ani... sejak active "MukaBuku"ani tinggal bah blog ku... nda lagi beupdate... So what happened between that period? Banyak activiti ku buat sepanjang blog ani beupdate... I'll try to some up the event secara ringkas...

 Sejak kebelakang ani, aku mula active belusir.. dari belusir secara rekreasi kepada belusir secara competitive. Sebelum belusir secara competitive aku banyak mengikuti larian amal yang dianjurkan oleh berberapa pehak di Brunei ani sendiri.. kebanyakan activiti ani berlangsung sebelum tibanya bulan Puasa.

Antara larian amal yg ku ikuti ialah seperti di bawah ini:

HSBC WalkRunCycle Charity 2011 - 22nd May 2011 - Distance 8.0k tapi my Nike+ GPS only recorded 7.64k time 48:31

BIBD Charity Expedition for Japan 2011 - 19th June 2011 - Distance 11.0k tapi my Nike+ GPS recorded 11.05k time 1:14:24

Mukim Kota Batu & Pejabat Daerah Brunei Muara Charity Run 2011 - Distance 8k but recorded 8.3k time 55:40

SOSRO 10k Charity Run 2011 - Distance 10k recorded 10.01k time 1:00:36

SCB Charity Run 2011 - Distance 10k recorded 10k time 59:52

Setelah berjaya mengikuti beberapa Charity Run Locally , saya pun mula berminat untuk mengikuti apa jua larian sama ada untuk charity atau competitive di luar negeri. Bermulalah saja meng"google"untuk mencari charity run di luar negeri dan larian saya yang pertama di luar negeri ialah  11th Sutera Harbour 7k Charity Run, Kota Kinabalu, Sabah pada 16th July 2011. Ini adalah larian julung2 kali bagi saya di luar negeri. Dalam larian amal ani saya mencatat masa 35:37 tapi jarak yag di record oleh nike+GPS adalah 6.51k

Selepas berjaya mengikuti larian amal di luar negeri, buat julung2 kali nya saya menyertai larian secara competitive.

Pada 23hb Julai 2011, saya menyertai larian secara competitive yang pertama bagi saya iaitu Marina 21K, Singapore. Larian ini juga adalah larian Half Marathon (21K) pertama bagi saya. Tanpa adanya latihan yang khusus dan berbekal kan larian seminggu sekali saya serta pengalaman menyertai larian amal saya pun turut serta Marina 21K. Tujuan saya adalah untuk mengambil pengalaman dan menyukat kemampun saya berlusir secara competitive.

Dalam acara ani kira2 1,800 orang pelusir menyeratai sama ada dari dalam negeri (Singapore) atau pun dari luar negeri seperti saya sendiri. Dan ini adalah larian malam yang pertama bagi saya jua. Acara larian 21K bermula jam 8.00 mlm.

Sepanjang larian ini bagi 10km pertama tidaklah membawa masaalah bagi saya kerana 10km adalah larian mingguan saya. Masaalah bermula pada15km apabila kaki saya mula terasa kejang, dari berlari saya mula berjalan bagi mengelak kaki saya terus kejang. Matlamat saya pada masa itu hanyalah menamatkan larian saya tanpa memikirkan masa yang akan saya perolehi dan saya mensasarkan masa saya adalah 2:40:00

Memandangkan pengalaman saya yang sememangan kurang bagi acara half marathon ini tempoh masa yang saya catat adalah di kira terbaik bagi saya. Saya mencatatkan masa 2:38:08 (Nike+GPS) sementara masa yang di catat oleh penganjur adalah 2:38:06.37 dan saya menduduki kedudukan 870 dari 1800 sesuatu yang boleh dibangakan bagi pelari amatur seperti saya.

Selepas menyerati larian Marina 21K saya mula meningkatkan latihan larian saya dari seminggu sekali ke dua ke empat kali seminggu. Memandangkan puasa bermula selepas Marina 21K saya membuat larian saya di sebelah petang kira2 satu jam sebelum waktu berbuka puasa. Walaupun dalan keadaan berpuasa latihan tetap saya jalankan dan ianya tidaklah menganggu puasa atau latihan saya itu. Latihan ini berjalan di sepanjang bulan puasa dan juga hari raya kerana bagi persiapan larian Half Marathon kedua bagi saya iaitu Singapore Half Marathon.

Pada 2hb Oktober 2011 (sehari selepas menyambut hari lahir saya) saya menyertai Singapore Half Marathon yang disertai oleh pelari tempatan (Singapore) dan juga luar negeri. Dengan latihan yang dikira intensive sepanjang bulan puasa and hari raya serta selepasnya, saya berjaya mencatatkan record peribadi yang baru bagi larian half marathon iaitu 1:56:30 yang dicatitkan oleh Nike+GPS saya sementara masa dari penganjur adalah 1:56:28 dan saya menduduki tempat ke 124 dari 509 peserta. Sepanjang larian ini, saya tidak mengalamai kekejangan otot kaki seperti yang berlaku sewaktu Marina 21K. Larian saya agak stable pada masa itu dan ini adalah hasil latihan yang saya buat sepanjang waktu sebelum berlangsungnya acara ini.

Penang Bridge International Marathon adalah larian competitive yang terbaharu (yang ke tiga) saya sertai dan berlangsung pada minggu lepas dari saya menulis blog ani. Untuk Penang Bridge International Marathon saya akan ceritakan selepas ini...

Sebagai penutup sememanglah banyak activiti yang belaku sepanjang blog ani inda beupdate tapi di sini saya cuma meupdate activiti larian saya saja... Sekian

Akan datang Penang Bridge International Marathon

No comments: