Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker
Lilypie 6th to 18th PicLilypie 6th to 18th Ticker

Saturday, 29 December 2012

YEAR END 2012 PART 2 : MY OTHER RUNNING EVENT 2012

Sebelum aku beralih kepada dua acara extreme bagi ku tahun 2012 ani, apakata aku huraikan dulu acara yang lebih ringan atau less extreme yang ku ikuti sepanjang tahun 2012.

MARINA 21K : PUNGGOL

Walaupun hasrat ku tahun 2012 ani inda kan ikut apa-apa jua acara larian jarak 21k atau Half Marathon  tapi disebabkan dalam acara larian Marina 21K Punggol menawarkan race pack yang berbeza iaitu Camel Bag bagi semua yang ikut serta jadinya aku pun mendaftar bagi acara ani semata-mata untuk mendapatkan camel bag... hahahahahaha... walaupun tahun lepas aku sudah pernah ikut serta anjuran ani (tahun 2011 acara ani adalah larian half marathon ku yang pertama dan yang pertama di luar negeri)


iatah beg nya ni yang membuat ku ikut serta Marina 21K


21k Finisher Medal

Dalam acara ani aku berjaya memecahkan rekod peribadi ku yang mana rekod baru ku ialah 1:40:58. dan menduduki tempat yang ke 27.


Bersama pelari dari kenya iaitu juara dalam larian Marina 21K Punggol


JAKARTA MARATHON 2012

Larian Jakarta Marathon 2012 adalah larian half marathon 21k. Dalam acara ani aku mencatatkan masa 1:49:15 iaitu kira-kira 9 minit lebih perlahan dari rekod peribadiku dan menduduki tempat yang ke 25. Sayangnya acara ani inda menyediakan Finisher Medal.


Macam biasalah mula-mula mesti di dapan, bukan apa.. supaya kana gambar... hahahahah..


LARIAN BANDAR 2012

Dengan mencatatkan masa 2:00:42 dan menduduki tempat yang ke 37, acara ani diadakan bagi memperingati ulang tahun yang ke 42 sempena penukaran nama Bandar Brunei ke Bandar Seri Begawan. Dalam acara ani fitness ku inda 100% fit disebabkan baru saja seminggu selapas mengikuti larian Allianz Penang Bridge International Marathon dan lutut ku masih lagi alum pulih.


ani ampir sudah kan di garis penamat.... 


Larian Bandar Finisher Medal


OZONE RUN 2012

Ozone Run anjuran JASTRE - Jabatan Alam Sekitar Taman dan Rekreasi adalah acara larian sejauh 12km bermula dan berakhir di kawasan bangunan Kementerian Pembangunan. Dengan mencatatkan masa 54:43.12 sekaligus mencatatkan rekod peribadi ku yang baru dan menduduki tempat yang ke 29 dalam acara ani.


Ozone Run Certificate / Finisher Medal / Bib / race position


Tuesday, 25 December 2012

Year End 2012 Part 1: My Full Marathon 2012 Event

Wow!! atu batah  udah nda ku update blog ku ani... luan sibuk bah aku atu dangan acara larian ku...  Tinggal beberapa hari saja lagi kan masuk tahun baru 2013.. Ok.. Ok.. Aku cuba recall semua apa yang patut ku buat arah blog ku ani... emm.. emm... yang ku terpikir acara larian yang ku ikut serta saja... bah aku mulakan bahagian pertama... Acara Full Marathon 2012

Bii Maybank Bali Marathon 2012

Bii Maybank Bali Marathon 2012 adalah Full Marathon yang pertama ku ikut serta... Dengan berbekalkan pengalaman menyertai larian half marathon dan acara 10km tahun lepas, aku pun berniat untuk mencuba menyertai acara full marathon. 


4:05:05 adalah masa ku bagi acara full marathon


Di garis penamat... 


My 1st Full Marathon Finisher Medal!!! &...


My 1st Full Marathon Finisher T-Shirt!!! Woohoo!!


Borneo International Marathon 2012

Borneo International Marathon 2012 merupakan acara full marathon ku yang kedua. Dengan mencatatkan masa 3:48:04 sekaligus memecahkan rekod peribadiku yang ku buat waktu Bii Maybank Bali Marathon. Ramai jua pelari-pelari dari Brunei yang ikut dalam acara ani termasuk lah salah seorang VVIP.


Biasalah lapas tamat larian mesti begambar...


BIM 2012 Finisher Medal & T-Shirt.


BIM 2012 e-Certificate



Sebahagian pelari-pelari dari Brunei yang ikut serta di acara BIM 2012.


Sundown Marathon 2012

Sundown Marathon 2012, acara Full Marathon ku yang ketiga. Acara ini diadakan pada malam hari kira-kira bermula jam 11.00 malam. 


Bersama my ex-school mate (Maktab Duli 94/95) di acara Sundown Marathon


Sundown Marathon Finisher T-shirt & Medal


Dengan mencatatkan masa 3:54:19 bagi ani iaitu kira-kira 6 minit lebih perlahan dari rekod yang ku buat sewaktu BIM 2012 bererti rekod ku yang ku buat sewaktu BIM 2012 masih kukuh... emmmm... BIM 2012 jadi personal best ku tah tu ah...


Sundown Marathon 2012 e-Certificate



Allianz Penang Bridge International Marathon 2012

APBIM 2012, merupakan acara full marathon ku yang ke empat... Berhasrat untuk memecahkan rekod peribadiku yang masih kukuh iaitu 3:48:04 tapi dengan keadaan fitness ku yang nda 100% pulih terutama lututku yang masih lagi sakit selepas menyertai acara The North Face 100 Singapore (akan saya ceritakan di blog yang seterusnya) jadinya niat atu berubah dari memecahkan rekod baru ke "asal sampai"saja... dalam acara ani aku mencatatkan masa yang terburuk bagi ku iaitu 06:06:51 dan sepanjang acara ani aku lebih banyak berjalan dari berlari... 


sewaktu mengambil APBIM 2012 Race Pack di Queensbay Mall, Penang.


APBIM 2012 Finisher T-shirt & Medal


close-up!!!


APBIM 2012 e-Certificate



Standard Chartered Marathon Singapore 2012

Standard Chartered Marathon Singapore 2012 adalah acara full marathon yang ke lima dan terakhir ku sertai bagi tahun 2012.  Dalam acara kali ani hasrat ku adalah untuk memperbaiki masa yang ku catatkan sewaktu APBIM 2012 kerana lutut ku masih lagi alum 100% pulih (mungkin nda lagi akan pulih 100% ). 

SCMS 2012 Finisher T-shirt & Medal




SCMS 2012 e-Certificate. 

Akhirnya berjaya jua ku mencatatkan rekod yang lebih baik dari yang ku catatkan sewaktu APBIM 2012 iaitu 05:31:53 , 35 minit lebih baik... 

Sunday, 8 April 2012

Standard Chartered Brunei Half Marathon 2012

Tadi pagi berlangsungnya acara Standard Chartered Brunei Half Marathon 2012. Ada beberapa katagori dipertandingkan iaitu 21K Terbuka, 21K Brunei, 10K Terbuka, 5K Terbuka dan 2.5K Terbuka. Aku ikut dalam acara 21K Terbuka. Ani adalah Larian 21K competitive pertama bagi tahun 2012 dan yang pertama bagi dalam negeri bagi ku. Sasaran ku adalah untuk memecahkan rekod peribadi ku iaitu 1:50:49

Tadi pagi nda ku menyangka yang aku mampu memecahkan rekod peribadiku bagi 21K, dan bukan itu saja aku juga berjaya memecahkan rekod peribadi ku bagi jarak 1K, 5K dan 10K:

Rekod baru ku adalah seperti di bawah ini (Masa catatan adalah hasil dari Nike + GPS App)

1K - 3:57
5K - 22:51
10K - 48:17
21K - 1:47:57

Yang kan di tunggu adalah masa official dari pehak penganjur... Kita tunggu dan liat dalam 48jam yang akan datang... WOOHOOO!!!! 


Standard Chartered Brunei Half Marathon 2012 - 21K Route


Standard Chartered Brunei Half Marathon 2012 Finisher Medal


Hehehehe..... Me with my Standard Chartered Brunei Half Marathon 2012 Finisher Medal

Ani Official result .... WoHooo!!! aku ranking 36 out of 129!!! 



Sijil Standard Chartered Brunei Half Marathon 2012 


Monday, 26 March 2012

Bertemu Legenda Liverpool... John Barnes!!!

Woohooo!!! John Barnes... Legenda Liverpool.... terima kasih buat President Liverpool Supporter Club Brunei , Tuan Edmund... kerana menjemut aku bertemu Legenda Liverpool di Holiday Lodge pada 24hb Mac 2012.....

Begambar bersama Legenda Liverpool... John Barnes

Berjaya mendapat tanda tanggan Legenda Liverpool.. John Barnes...

Monday, 19 March 2012

SEF Runners Charity Run

Pada 18hb Mac 2012, "WE Runners" menyertai Larian Amal SEF Runners anjuran bersama SEF Enterprise dan Jabatan Belia Dan Sukan.

Sebahgian ahli kumpulan pelusir "WE Runners"

Masa catatan (tidak resmi) pelusir2 WE Runners adalah seperti berikut:

1. Alex 43min, 2. Sahriman 44min, 3. Aku 48min 4. Ayub 48min
5. Bahreen 49, 6. Adi 50 7. Pg Saiful 1Jam 1Min, 8. Hj Sofian 1Jam 29Min.

Sunday, 4 March 2012

Larian Belia Hari Kebangsaan 2012

Pagi tadi aku menyertai Larian Belia Hari Kebangsaan 2012 yang berlangsung di ke empat-empat daerah. Buat julung-julung kali nya aku ikut belusir di daerah ani. Bagi Daerah Belait acara Larian Belia Hari Kebangsaan 2012 bermula dan berakhir di Pusat Insani Pekan Seria. Aku ikut lusiran 10k tapi yang banarnya jaraknya cuma 7.71k (yang tercatat oleh Nike+ GPS ku) dan masa yang ku dapat 37.50 dan dalam masa yang sama berjaya memecahkan rekod peribadiku bagi 1km dengan masa 3:58 dan juga rekod peribadi ku bagi jarak 1mile dengan masa 6:49

Route tadi pagi

Baju Larian Belia Hari Kebangsaan 2012

Aku mendapat tempat ke 9 tadi.... tapi sayangnya cuma top 5 saja yang mendapat hadiah... better try harder next time